Posts

Showing posts from December, 2022

CIRI-CIRI BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL KBSM DAN KSSM

Image
PERBEZAAN BUKU TEKS MORAL KSSM DAN KBSM REKA BENTUK KURIKULUM KSSM KBSM     Berdadarkan standard kandungan, pembelajaran dan prestasi.      Berdasarkan hasil pembelajaran yang diperolehi.   KANDUNGAN BUKU TEKS KSSM KBSM     Lebih bertepatan seiring dengan pembelajaran abad ke-21 dan padat .       Penulisan lebih kepada cara penulisan tanpa menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi.     AKTIVITI KSSM KBSM     Padat dengan pelbagai aktiviti dan makulumat bagi melatih kemahiran berfikir aras tinggi.        Hanya mempunyai aktiviti pengukuhan sahaja untuk kefahaman murid.     PERANGKAAN BUKU TEKS KSSM KBSM     Dirangka berdasarkan Dokumen Standart Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)         Dirangka b

PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DARI KBSM SEHINGGA KSSM (PERBANDINGAN NILAI)

Image
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi 36 nilai-nilai murni, manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) hanya mengandungi 18 nilai universal. Terdapat 7 bidang pembelajaran yang berbeza dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan semua nilai dibahagikan mengikut bidang pembelajaran, iaitu nilai tentang perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi, keamanan dan keharmonian. Namun, dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) nilai universal tidak dibahagikan berdasarkan bidang pembelajaran. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 12 nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, iaitu nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, harga diri, rasional, bertanggungjawab, toleransi, hemah tinggi, kerajinan, berdikari, keadilan, kasih sayang, dan kesederhanaan dalam bidang pembelajaran 1. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 4 nilai yang berkaitan dengan kekeluargaan, iai

PENGENALAN

Image
  Kami merupakan mahasiswa dan mahasiswi Semester 1 (A221) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus HMS 3013 iaitu Pendidikan Moral di Malaysia. Kami ingin menitikberatkan beberapa elemen dalam laman sesawang ini. Yang berikut ialah elemen-elemen yang kami menekankan: Perubahan kurikulum Pendidikan Moral dari KBSM sehingga KSSM dengan membuat analisis perbandingan di antara nilai yang masih kekal dan nilai yang berubah. Perbandingan ciri-ciri antara buku teks Pendidikan Moral KBSM dengan KSSM Memberi penerangan tentang isu semasa dan cabaran Pendidikan Moral yang berlaku di Malaysia pada masa kini. Memberikan cadangan pentaksiran dan contoh lembaran kerja yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.  Laman sesawang ini dihasilkan untuk menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat terutamanya pendidik. Selaku seseorang pendidik perlu mengetahui bahawa maklumat-maklumat yang disalurkan dalam laman sesawang ini. Hal ini dikatakan demikian kerana transformasi pendid