PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DARI KBSM SEHINGGA KSSM (PERBANDINGAN NILAI)

  • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi 36 nilai-nilai murni, manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) hanya mengandungi 18 nilai universal.
  • Terdapat 7 bidang pembelajaran yang berbeza dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan semua nilai dibahagikan mengikut bidang pembelajaran, iaitu nilai tentang perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi, keamanan dan keharmonian. Namun, dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) nilai universal tidak dibahagikan berdasarkan bidang pembelajaran.
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 12 nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, iaitu nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, harga diri, rasional, bertanggungjawab, toleransi, hemah tinggi, kerajinan, berdikari, keadilan, kasih sayang, dan kesederhanaan dalam bidang pembelajaran 1.
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 4 nilai yang berkaitan dengan kekeluargaan, iaitu nilai kasih sayang terhadap keluarga, hormat dan taat kepada anggota keluarga, mengekalkan tradisi kekeluargaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dalam bidang pembelajaran 2.
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 4 nilai yang berkaitan dengan alam sekitar, iaitu menyayangi dan menghargai alam sekitar, keharmonian antara manusia dengan alam sekitar, kemapanan alam sekitar dan peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam bidang pembelajaran 3.
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),  terdapat 3 nilai yang berkaitan dengan patriotisme iaitu cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, sanggup berkorban untuk negara dalam bidang pembelajaran 4. 
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), bidang pembelajaran 5 mengandungi 5 nilai yang berkaitan dengan hak asasi manusia, iaitu melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak golongan kurang berupaya dan melindungi hak pengguna. 
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), bidang pembelajaran 6 mengandungi 5 nilai yang berkaitan dengan demokrasi, iaitu nilai mematuhi peraturan dan undang-undang, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, penglibatan diri dalam pembangunan negara dan sikap keterbukaan.
  • Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), bidang pembelajaran 7 mengandungi 3 nilai yang berkaitan dengan keamanan dan keharmonian, iaitu nilai hidup bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama, saling menghormati antara negara.
  • Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), terdapat 18 nilai universal iaitu nilai kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab, berdikari, harga diri, kerajinan, berterima kasih, patriotisme, kebebasan, keberanian, kejujuran, rasional, hemah tinggi, baik hati, kasih sayang, hormat, kerjasama, kesederhanaan dan toleransi. 




Comments

Popular posts from this blog

CIRI-CIRI BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL KBSM DAN KSSM

Isu Semasa Dan Cabaran Pendidikan Moral Yang Berlaku Di Malaysia Pada Masa Kini