CADANGAN PENTAKSIRAN Dan CONTOH LEMBARAN KERJA DI DALAM BILIK DARJAH

 

CADANGAN PENTAKSIRAN

Dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Guru bebas memilih dan menentukan kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti bagi mencapai hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Cadangan Pentaksiran Pendidikan Moral yang boleh digunakan dalam bilik darjah ialah pentaksiran berbentuk formatif. Melalui kaedah ini, guru dapat menilai tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu unit pembelajaran secara formal dan tidak formal. Pentaksiran ini boleh digunakan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan aktiviti atau ujian samada secara individu atau kumpulan.

 

LEMBARAN KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

 

Lembaran Kerja 1 (Pengukuhan)


Soalan

1.Apakah perasaan anda sekiranya anda mengalami situasi yang sama seperti video ?

2.Cadangkan satu langkah berperikemanusiaan yang dapat membantu mangsa bencana alam.

 

Lembaran Kerja 2 (Pengayaan)


Arahan

Guru meminta murid untuk melakukan aktiviti lakonan berdasarkan unit pembelajaran.

 

Lembaran Kerja 3 (Pemulihan)


Soalan

1. Murid diminta untuk membuat peta I-Think dengan menampal gambar-gambar yang berkaitan dengan perlakuan berperikemanusiaan didalam manila kad.

 

Lembaran Kerja 4 (Penilaian)


Arahan

Guru memberi soalan kepada murid untuk menilai tahap kefahaman murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.









Comments

Popular posts from this blog

PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DARI KBSM SEHINGGA KSSM (PERBANDINGAN NILAI)

CIRI-CIRI BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL KBSM DAN KSSM

Isu Semasa Dan Cabaran Pendidikan Moral Yang Berlaku Di Malaysia Pada Masa Kini