Isu Semasa Dan Cabaran Pendidikan Moral Yang Berlaku Di Malaysia Pada Masa Kini
Pendidikan moral
ialah subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar bukan islam sama ada dalam
sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Subjek pendidikan moral adalah penting
untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam murid supaya mereka dapat menganggungkan
tanggungjawab mereka dengan sentiasa bertindak secara beretika dan membuat
pertimbangan sebelum membuatkan sesuatu keputusan secara rasionl supaya dapat
mengekalkan kesejahtaraan dan keharmonian individu, keluarga, sekolah, komuniti,
negara. Namun, dalam proses penerapan pendidikan moral dalam kalangan
murid-murid bukannya senang, manakala terdapat beberapa isu semasa dan cabaran
Pendidikan Moral yang berlaku di Malaysia pada masa kini sehingga menggugat
pembanguan insan yang bermoral.
Isu Semasa Dan Cabaran Pendidikan Moral: Kekurangan tenaga pengajar
Kekurangan sumber tenaga pengajaran merupakan salah satu
cabaran Pendidikan Moral yang sering berlaku di Malaysia pada masa kini.
Sebagai contoh, berita di atas telah menunjukkan kekurangan guru di Kota Bekasi
dalam kuantiti yang banyak. Kekurangan guru yang profesional dan mahir dalam
pendidikan moral telah mengakibatkan kewujudan guru-guru bukan opsyen mengajar
pelajar pendidikan moral. Namun, guru yang tidak mengambil kursus Pendidikan
Moral akan gagal menerapkan pendidikan moral yang menekankan dilema dan dimensi
moral. Kebanyakan daripada mereka hanya mengajar pelajar mengikuti sukatan
pelajaran dan berdasarkan kaedah chalk
and talk yang hanya meminta pelajar untuk menghafal nila-nilai moral yang
dalam buku teks untuk semata-mata meningkatkan tahap pencapaian murid-murid
dalam peperiksaan SPM. Kaedah pengajaran yang diambil oleh guru-guru bukan
opsyen ini, selain tidak dapat membolehkan pelajar memahami kepentingan moral
dan membolehkan mereka mengaplikasi dalam kehidupan harian, manakala
menyebabkan mereka berasa bosan dan menggangap moral adalah tidak berguna.
Kekurangan guru yang pakar dalam pendidikan moral menyebabkan murid-murid tidak
dapat mempelajari bagaimana membuat keputusan dan pelakuan apabila menghadapi
situasi dilema moral.Kekurangan mengaplikasikan nilai-nilai moral dalam
kehidupan menyebabkan keruntuhan moral dalam masyarakat tetap berlaku pada masa
kini.
Sumber daripada- https://www.tempusdei.id/2022/12/9578/kota-bekasi-hadapi-persoalan-kekurangan-guru-dan-kasus-pelecehan-siswa.php
Isu Semasa Dan Cabaran Pendidikan Moral: Kegagalan mengaplikasikan nilai-nilai moral dalam kehidupan
Kegagalan menghayati nilai-nilai moral telah menjadi
punca kes-kes buli sering berlaku di Malaysia.Menurut berita Malaysiakini yang
dipaparkan di atas, Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (Page)
menyatakan bahawa punca kes buli berlaku semakin berleluasa adalah diakibatkan
oleh kegagalan guru menerapkan ilmu-ilmu pendidikan moral dalam kalangan
pelajar. Guru pendidikan moral gagal menerapkan
nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, kasih sayang, tolenransi dan
sebagainya menyebabkan pelajar tidak menakutkan pembalasan daripada Tuhan
apabila mereka melalukan sesuatu perkara yang berdosa.Murid-murid tidak akan
melahirkan emosi moral iaitu emosi berasa kesal dan sedih apabila melakukan
perbuatan yang bersalah. Tambahan itu, bukan sahaja pembuli sendiri yang
bersalah dalam kes buli yang berlaku, manakala pelajar-pelajar sekeliling yang
mngabaikan dan membiarkan kes buli berlaku juga membuktikan penghayatan
nilai-nilai moral semakin merntuh. Mereka tidak mengambil sebarang tindakan
malahan berasa seronok dan menarik terhadap kes buli yang berlaku pada depan
matanya menjadikan kes buli semakin meningkat.
Sumber daripada- https://www.malaysiakini.com/news/603243
Kesimpulan
Konklusinya, peranan pendidik pada zaman kini semakin
mencabar. Pendidik haruslah memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan
pelajar yang berkualiti tinggi dari segi akademik mahupun akhlak. Pengerusi Yayasan Eco
World, Tan Sri Lee Lam Thye juga menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan
Malaysia perlu berusaha mempersiapkan bilangan guru terlatih yang melengkapi
dengan kemahiran dan berkelayakan yang mencukupi supaya pendidikan moral dapat
diterapkan dengan jayanya dalam kalangan murid-murid di seluruh sekolah
Malaysia.
Sumber daripada- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/05/282924/perkasa-pendidikan-moral-lahir-pelajar-berkualiti
Comments
Post a Comment