Pendidikan moral ialah subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar bukan islam sama ada dalam sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Subjek pendidikan moral adalah penting untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam murid supaya mereka dapat menganggungkan tanggungjawab mereka dengan sentiasa bertindak secara beretika dan membuat pertimbangan sebelum membuatkan sesuatu keputusan secara rasionl supaya dapat mengekalkan kesejahtaraan dan keharmonian individu, keluarga, sekolah, komuniti, negara. Namun, dalam proses penerapan pendidikan moral dalam kalangan murid-murid bukannya senang, manakala terdapat beberapa isu semasa dan cabaran Pendidikan Moral yang berlaku di Malaysia pada masa kini sehingga menggugat pembanguan insan yang bermoral. Isu Semasa Dan Cabaran Pendidikan Moral: Kekurangan tenaga pengajar Kekurangan sumber tenaga pengajaran merupakan salah satu cabaran Pendidikan Moral yang sering berlaku di Malaysia pada masa kini. Sebagai contoh, berita di atas telah menunjukk