Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi 36 nilai-nilai murni, manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) hanya mengandungi 18 nilai universal. Terdapat 7 bidang pembelajaran yang berbeza dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan semua nilai dibahagikan mengikut bidang pembelajaran, iaitu nilai tentang perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi, keamanan dan keharmonian. Namun, dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) nilai universal tidak dibahagikan berdasarkan bidang pembelajaran. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 12 nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, iaitu nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, harga diri, rasional, bertanggungjawab, toleransi, hemah tinggi, kerajinan, berdikari, keadilan, kasih sayang, dan kesederhanaan dalam bidang pembelajaran 1. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat 4 nilai yang berkaitan dengan kekeluargaan, iai